PERMOHONAN BSN MICRO I-KREDIT PRIHATIN

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pada 6 April 2020, Geran Khas Tambahan bagi PKS (Perusahaan Kecil dan sederhana serta Mikro).Pengumuman ini merupakan berita baik buat pengusaha-pengusaha industri perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

 

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Setelah selesai berurusan dengan Pegawai BSN, sila lengkapkan borang permohonan. Anda juga dikehendaki untuk menyertakan dokumen-dokumen sokongan seperti:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah bagi syarikat Sdn Bhd; Pemilik Tunggal bagi syarikat Milikan Tunggal atau Enterprise ; dan Rakan Kongsi bagi syarikat PLT
  3. Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
  4. Lain-lain dokumen sekiranya diperluka

 

CARA-CARA PERMOHONAN BSN Micro i-Kredit PRIHATIN

BSN telah pun mengeluarkan panduan ringkas permohonan ini, mereka yang berminat untuk membuat permohonan hendaklah:

  1. Menghubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN yang berhampiran untuk terus mendapatkan maklumat lanjut.
  2. Nombor telefon Eksekutif berkenaan boleh didapati di pautan Facebook

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BSN Micro i-Kredit PRIHATIN

BSN telah menetapkan beberapa syarat kelayakan dan kriteria untuk mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro/i Kredit. Antaranya adalah:

  1. Usahawan mikro yang perniagaan dijalankan terjejas akibat wabak COVID-19 (Terbuka kepada semua sektor perniagaan)
  2. Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
  3. Perniagaan dimiliki oleh Warganegara Malaysia
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Perniagaan telah beroperasi selama tidak kurang daripada 6 bulan

Source: BSN

0 0 vote
Article Rating
close
Posted in Blog.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments